Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Thursday, February 18, 2010

Yang Tersirat

"Aku terima nikahnya, Nurain Mastura dengan mas kahwin RM80 tunai." bergema lafaz nikah yang dilafazkan Azam Faizi membuatkan semua yang hadir pada hari pernikahan antara Azam Faizi dan Nurain Mastura memanjatkan rasa syukur ke atas-NYA lebih2 lagi kedua ibu bapa Ain dan Azam.

air mata yang mengalir di pipi diseka. tak mungkin dia akan menangis di hadapan kedua ibu bapanya. dan tak mungkin dia sanggup mempamerkan kekecewaan di atas pernikahan ini sekaligus menghancurkan hati orang tuanya, begitu juga kedua mentuanya.

Azam Faizi nampak tenang. sekali sekala matanya melirik ke arah Nurain Mastura. ya, dia tahu Ain tidak menginginkan pernikahan ini. tapi, dia yakin, satu hari nanti, Ain akan menerima cintanya. Azam berdoa di dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~

"Yazid, awak jadi tak datang ambil saya ni? saya dah 1 jam tunggu kat sini. panas lak tu. awak tak kesiankan saya ke? tak syg saya eyh?" Yazid hanya mampu tersengih mendengar rengekan manja Ain di corong telefon sebelah sana. Ain, kalau tak dilayan kehendaknya, makin lama lah rajuknya.

"sabarlah syg. saya tgh on the way la ni. jalan sesak. cuba awak pejam mata and kira sampai 5. sure saya dah sampai depan mata awak." Yazid cuba meredakan keadaan dengan membuat lawak. tapi malang, lawak dia langsung tak menjadi. makin marah Ain lagi adalah.

"eih awak ni. dah la. saya balik naik teksi jela. buang peluh saya je tunggu awak lama2 kat sini. tau tak?" bentak Ain lantas mematikan telefon bimbitnya. "ahhhh!!!" Ain berpaling ke belakang, tiba2 dia terjerit kecil pabila dikejutkan dengan sesusuk tubuh betul2 berada di belakangnya. "Yazidddddd!!!!!" eih pakwe aku yang sorang ni memang pandai buat lawak tak berapa bodo. padanlah suruh aku kira sampai 5 jek tadi. rupa2 nya da terpacak belakang aku. huhh!

"ha, kan da suruh kira sampai 5 tadi. tak nak, degil. hahaha" Yazid ketawa besar kerana puas dapat mengenakan Ain. Ain mendengus kasar dan terus berlalu ke kereta Yazid tanpa memandang sedikit pun muka Yazid. Bengang!!

"eh, awak nak ke mana tu ain?" soal yazid dengan sisa tawa yang masih tak lekang.

"gerak lah. buat pe lagi cegat kat situ." apa jela mamat sorang nih. aku dah panas ni. "kalau ya pun nak cpt, tak payah la sampai salah2 kereta." erk! alangkah bengangnya aku. salah kereta pulak. yang apek cina ni pun pegi guna kereta sama macam yazid ni knp? lps tu pegi park sebelah je tu. hish! yang aku pegi salahkan kereta ni knp.

HAHAHAHA. gelak lah yazid. gelak, gelak. ain menarik muka sepanjang perjalanan.

~~~~~~~~~~~~~~
"ain, janganlah mrh yazid. tak baik tau buat muka cemberut macam tu. nnt takde sape nak kawen ngan ain." Yazid berusaha memujuk ain setibanya mereka di mall Mid Valley. tak de tempat lain dah nak tuju.

"kalau takde sape kawen ngan ain, yazid sakit ke? tak kan? ain jadi andartu pun bukan yazid susah pun." ain, kau kekalkan kemarahan kau tu demi nak tutup bengang. suke2 je si yazid ni bengangkan aku sampai 2 kali. huhh! kejam!

"okay la, okay la. yazid give up. kalau ain tak nak maafkan yazid, kyte pegi la mana2 tempat yang ain sukee. tak pun ain nak yazid hantar balik rumah je?" yazid terus bergerak meninggalkan ain terkebil2.

"yazid, tunggu ain." ain terus berlari anak mendapatkan yazid. tangan sasa yazid dirangkul kemas. yazid tersengeh kecil. nak merajuk konon. baru gertak sikit nak tinggalkan da dtg balik. heh. ain, ain..
~~~~~~~~~~~~~
"eh, azam! apa kau buat kat sini sorang2?" terkejut azam bila kena tegur macam tu. hai si yazid ni mmg cam gitu. tak habis2 sukee buat aku tempah katil hospital.

"ish kau ni. kot ye pun bagi la salam dulu. aku saje je lunch kat sini sorang2. layan feeling la katakan." jawab azam bersahaja. matanya sempat melirik ke satu susuk tubuh yang amat dikenalinya itu.

"you don't mind if we join you?" yazid meminta izin. sejak bila pulak la mamat ni pandai minta2 izin. selalunya main pakai redah jek. "apa yang tak bolehnya. duduk lah. kejap aku panggil waiter." azam mengangkat tangannya memberi isyarat kepada pelayan restoran itu.

"ain, awak nak makan apa? hari ni sy belanja. so, makan lah apa pun yang awak nak asalkan rajuk awak tu boleh hilang." ain mencebik. ada ke nak sogok aku dgn makanan. mmg tak romantik betol lah pakwe aku nih.

"bagi ain nasi goreng cendawan dengan ABC jela." selesai order, mereka berbual rancak. sekali sekala ain diusik sakan oleh yazid. azam hanya setia menjadi pemerhati. hatinya terusik tiba2. dia sendiri pun tak tau apa puncanya. yang dia tau, perasaan dia sakit bila tgk tangan ain diraih mesra oleh yazid.

ain.. ain.. ain.. nama itu sentiasa terngiang2 di kepala azam. bagai ada tarikan magnet, sebaris nama itu sentiasa melekat di fikirannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~
azam mengerling jam tangannya. jam sudah menunjukkan pukul 2ptg. perutnya berkeroncong minta diisi. tanpa berlengah, dia terus melangkah ke restoran berdekatan untuk memuaskan gelora perutnya.

setibanya di Restoran Singgah Selalu, dari jauh, azam terdengar suara yang seakan2 dikenalinya. dia mencari2 dari arah mana suara itu. kedengaran pula suara gadis merengek manja disusuli pujukan manis dari sang jejaka. huhh! such a sweet-talker.

bagaikan ada suatu kuasa yang memaksa dirinya untuk menyiasat milik siapa suara itu. dia sendiri pelik. tak pernah2 dia nak jadi stalker macam ni. tiba2 jek tergerak hati. alangkah terkejutnya azam pabila melihat kawan baiknya sendiri membelai mesra rambut seorang gadis sexy. alangkah terkejutnya dia kawan baiknya itu adalah yazid! ya, yazid! shit! apa mangkuk ni buat?

tanpa fikir panjang, azam terus meluru ke arah yazid. penumbuk sulungnya hinggap di muka yazid. gadis sexy itu terkejut. semua pelanggan di restoran itu memandang ke arah mereka. seronok dapat tengok cerekarama live. yazid berlagak tenang sambil meraba mukanya yang berasa tegang. yazid pandang azam, senyuman sinis terukir. azam bertambah berang. mahu saja dia menghadiahkan lagi penumbuknya. tapi yazid sudah memberi signal untuk mereka berbincang di luar kawasan restoran.

"aku perlukan penjelasan kau!" belum sempat apa2, azam terus menyoal yazid. mukanya masih merah menahan marah. entah kenapa dia terlalu marah, dia tidak tahu. yazid tak pernah berkelakuan begini. even dia sering bertukar pasangan, tapi dia sungguh baik terhadap setiap gadis yang dia bersama. tapi knp tiba2 macam ni? apa dah jadi?

"relax la bro. yang kau nak melenting tak tentu pasal ni knp?" yazid masih berlagak tenang. "weh yazid. kau jgn buat muka tak bersalah eyh. sape perempuan tadi tu? weh, kau tak fikir tentang ain ke? tentang perasaan ain, tentang pengorbanan ain selama ni kat kau?" azam benar2 kesal dengan yazid. entah knp, kalau perkara melibatkan ain, dia sungguh sensitif.

huhh.. yazid mengeluh. "azam, kau mcm la tak kenal perangai aku. jadi kau tak payah rasa hairan lah. lagipun ain nak kesah apa. ramai lagi lelaki kat luar tu. senang2 je dia boleh dapat." yazid menepuk bahu azam. segera ditepisnya.

"apa kau ckp ni? aku tak sukee kau buat macam ni dekat perempuan. kau....." belum sempat azam menghabiskan kata2 nya, satu tamparan melekat di pipi yazid. AIN! apa dia buat kat sini? kedua2 mereka terpana.

"how.. how.. how dare you! from now on, I hate you!" tersekat2 ain menutur kata2. air mata berguguran dikesat kasar. lantas kakinya dihayun pergi dari tempat dia berdiri. kesal! sebal! hati dia betul2 sakit. mahu saja menjerit. tapi dia masih waras.

azam segera mengatur langkah untuk mengejar ain. tapi dihalang oleh yazid. "tak perlu kejar. lambat laun kau akan faham." yazid berlalu pergi meninggalkan azam yang terpinga2 tak faham dengan apa yang diucapkan oleh yazid sebentar tadi.

Yazid, kau mmg kejam!
~~~~~~~~~~~~~~
Setahun berlalu..
"azam, kau buat apa tu? kau dah siapkan assignment yang prof wahid bagi? kau tolong aku boleh? tak paham sangat lah nak buat macam mana." Irfan menegur azam yang sedang khusyuk menconteng buku notanya dengan lukisan yang bercampur2. apa yang dilukisnya pun dia sendiri tak paham.

"boleh je. nah, amik la ni. aku dah siap. tapi kau cedok skit2 jela. penat aku buat nih." baik betul hati azam nih. untung aku dapat kawan mcm kau zam. HEHE!

azam tidak mengendahkan kata2 terima kasih dan penghargaan tak terhingga dari irfan. kerana matanya hanya tertumpu di sesusuk tubuh milik seseorang yang dia tidak pernah lupakan. tak kan pernah lupa. "weh azam! alaa, kau nih menung apa? aku dah copy skit2 da work kau ni. ok la weh. aku gerak dulu. awek aku da tunggu tuh. thanks again." azam hanya mengangguk setelah mereka bersalaman.

matanya masih tak lekang dari melihat tubuh itu. tiba2 dia ternampak irfan menyapa mesra gadis itu. tangan gadis itu dipegang erat. azam terpempan. AIN? IRFAN? dunianya rasa berputar dengan laju. hatinya sakit, sebal, sesak nafas. tak mungkin!
~~~~~~~~~~~~~~~
ain membelek buku2 yang ada di atas mejanya. dah setahun dia menghilangkan diri setelah peristiwa itu. pahit untuk dikenang kembali. dia bersyukur, kerana anak kawan mamanya begitu baik dengan dia. Irfan Affandi. dia tersenyum sendirian. kini, even relationship mereka tiada status, dia telah menganggap irfan lebih dari kawan. sedikit sebanyak perasaan lukanya dulu telah dapat diubati. semua thanks kepada irfan. penguat semangatnya.

sbb irfan jugalah dia berani menjejak kembali ke Malaysia setelah setahun menetap di UK bersama abangnya. dan segala pertukaran U nya dibantu oleh Irfan. irfan mmg baik. dan ain betol2 sayangkan irfan.

Azam melantun2 kan bola keranjangnya. sekali sekala bola itu dibaling ke arah jaring gol. fikirannya benar2 bercelaru sekarang ni. kenapa dia tak pernah alert dengan kehadiran aku? soalan itu ditanya oleh dirinya sendiri.

Di sudut lain...

Aku rasa mcm kenal la mamat tu. tapi kat mana ek. dah lupa lah. ain menggaru2 dagunya bagai berfikir sesuatu. matanya tak lepas dari memandang lelaki yang sedang melantun2 bola keranjang di tengah2 court bola keranjang. pelik! mcm pernah nampak.

"hai syg. menung apa tu? mcm nak tertembus jek dinding ni ain tgk." terkejut ain disapa oleh irfan tiba2. "eh tak de apa2 lah. ain cuma tgk lelaki tu jek. mcm pernah jumpa lah." ain menuding jari ke arah Azam. "ouh, itu coursemate irfan. nama dia Azam Faizi. dah la. jangan tenung lama2. nak merajuk lah." ain tergelak kecil. comellah irfan nih.

"mana ada. cuma mcm knl jek dia tu." ain memujuk. "tak pe laa, nnt bila2 masa irfan kenalkan dia dekat ain ok?" kedua2 mereka tersenyum. tanpa mereka sedari, azam menjadi penonton adegan mesra mereka. hati makin sakit, tak mampu dia berkata apa2.
~~~~~~~~~~~~~~
Azam segera mengangkat telefon bimbitnya yang memekak dari tadi. suara malas digunakan untuk menjawab panggilan itu. "hello, sape ni?" kedengaran suara garau menyapa gegendang telinga azam. "azam, aku ni. yazid. kau tak ingat aku lagi ke? weh, jom la jumpa. dah lama aku tak jumpa kau. hal yang lama, lupakan jela." ouh, mangkuk ni. aish, kau pun sama macam ain. hilang setahun baru nak muncul.

"laa, yazid. kau rupanya. apa mimpi kau call aku lepas dah setahun menghilang?" yazid ketawa besar. "aku rasa setahun dah cukup untuk kau faham." azam pelik dengan kata2 yazid. akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa di Mid Valley esok petang. mmg Mid Valley tu popular sgt.
~~~~~~~~~~~~~~

"Azam my friend. lama tak jumpa. kau apa khabar? sehat? study kau mcm mana? family kau semua sehat? awek kau sape skang nih?" berpusu2 soalan keluar dari mulut yazid. "eh bro. satu2 la kalau ya pun. aku nak kena jawab yang mana 1 nih?" kedua-dua mereka tertawa. "semua!" yazid memeluk erat tubuh sasa azam.

"okay, aku sehat2 je. study aku okay, dah ada title dekan. family aku sehat macam biasa. awek plak, errr.. ntah la." azam mengalihkan pandangannya ke arah lain. yazid sengeh. faham dengan riak wajah macam tu.

"kau ingat tak dulu aku pernah kata kau akan faham suatu hari nnt?" yazid menghirup air teh O di hadapannya. "yup, aku ingat. tapi sampai sekarang aku tak faham apa yang aku perlu fahamkan tu." azam cuba berlawak tapi kepalanya segera diketuk oleh Yazid.

"kau ni kan azam. hei.. sampai berapa tahun aku nak bagi kau faham? setahun tak cukup ke?" azam makin pelik dengan yazid. apa yang dia cuba nak sampaikan nih? faham apa nih? sumpah aku tak faham! "macam ni la azam. biar aku terus terang. kau pernah faham tak perasaan kau sendiri?" apa la dungu sgt kawan lama aku nih. dari dulu sampai sekarang. lurus betol. azam masih dengan muka blur nya.

"macam ni la azam. setahun lepas aku tinggalkan kau dengan tanda tanya yang byk sgt kott. aku kata suatu hari nnt kau akan faham maksudnya aku harap kau akan faham perasaan kau sendiri. tapi tgk! aku rasa aku patut pergi 2, 3 tahun la baru kau nak faham." azam bertambah2 pelik. "apa yang kau cuba nak ckp ni yazid?" ah, bengkak dah kepala hotak aku nih.

"weh kawan! kau tak pernah sedar ke selama ni perasaan kau kat ain? aku jadi kawan kau pun boleh tau, tak kan kau diri sendiri pun tak tau? aku mmg sengaja tinggalkan ain dengan cara macam tu supaya kau dapat tackle dia. tapi aku rasa dalam selama setahun ni kau langsung tak gunakan kesempatan tu kan?" panjang lebar yazid menerangkan, azam hanya pamer muka terkejut.

"knp kau buat semua ni?" azam pening. "azam, aku tau kau sukakan ain, kau sayangkan ain, dan aku tau kau juga cintakan ain. sejak kita bertiga berkawan, aku dah sedar dah semua tu. dari pandangan mata kau kat ain, aku dapat tangkap kau mmg ada perasaan dekat dia. tapi kau tu lembap! tak pernah nak bertegur sapa dengan dia. kau kan kawan aku, aku nak kau happy jugak. jadi aku dengan relanya lepaskan ain dengan cara tu." azam merenung mata yazid. mmg dia tgh berkata jujur sekarang tu.

"tapi mcm mana kau set kan semua ni? mcm mana kau tau aku nak dtg lunch dekat restoran tu?" yazid menarik nafas dalam. "kau ingat aku baru kenal kau semalam ke? aku tau lah tempat kau selalu layan perut kau." azam hanya tersengeh. "tapi zid, aku dah terlambat. dia dah ada yang punya." azam mengeluh kesal.

"zam! percayalah cakap aku, kau masih ada peluang tu. kau pernah sia2 kan peluang pertama. anggaplah ni peluang kedua kau. jangan lepaskan macam tu je. selagi ain belum jadi milik sah org lain, selagi tu kau masih berhak buru cinta dia." bersungguh2 yazid meyakinkan azam. azam tersenyum. kedua2 mereka berpelukan mesra. terima kasih yazid. baru aku sedar dan faham selama ni.
~~~~~~~~~~~~~~
"hei azam. alamak bro. ko ni mmg sukee layan feeling sorang2, makan sorang2 eyh?" irfan menyapa azam yang tgh khusyuk meneliti assignment nya sambil mulut mengunyah makanan. "byk la kau punya layan feeling." azam mencuri2 pandang org di belakang irfan. AIN! "eyt, zam. ni ha aku nak kenalkan kau dekat adik syg aku nih." azam berlagak selamba. tangan dihulur tapi tidak disambut. azam mengerti, senyuman ikhlas diukir.

"adik syg aku ni kata dia kenal kau. kau kenal dia tak? mana tau kau pun kenal, boleh la aku pasangkan terus." irfan bergurau. lengannya dicubit ain. tapi kata2 irfan itu dianggap serius oleh azam.

ADIK SYG?

"irfan, ikut aku sekejap." irfan membontoti azam dan tinggallah ain dengan muka yang penuh tanda tanya. kenapa la pulak irfan dibawa jauh2 dari dia nih? apsal aku tak leh dengar perbualan diorang. hish!
~~~~~~~~~~~~~~
"aku benci kau! sebab kau lah irfan tinggalkan aku. sebab kau lah aku terpaksa tinggalkan cinta aku. kau knp? tak sukee tgk org lain bahagia?" ain menumbuk2 kasar dada azam. azam mengeluh berat. sampul surat berwarna biru diserahkan kepada ain. ain menyambut kasar.

"apa ni? apa lagi propaganda kau nak bagi kat aku?" ain masih dengan muka garangnya. azam merebahkan badannya ke katil. perlahan2, sampul surat itu dibuka. terdapat dua keping surat berlainan tulisan tangan. dia masih ingat kedua2 tulisan tangan itu. YAZID! IRFAN! lantas isi surat itu dibaca. ain terpempan. air mata semakin laju.

"sekarang kau dah faham? mungkin bagi kau, aku kejam. tapi percayalah, cinta aku tulus buat kau. yazid pernah mencintai kau, tapi dia tahu aku lebih mencintai kau even aku sendiri tak perasan semua tu. irfan juga pernah mencintai kau, tapi cinta dia pada kau hanya cinta abang kepada adiknya. jangan kau salahkan siapa2 kalau kau tak dapat meraih cinta orang yang kau pujai..." kata2 azam dipintas ain.

"cukup! aku tak nak dengar semua tu lagi!" ain menekup telinganya. badannya ditarik dan dirangkul azam. azam membisikkan sesuatu ke telinganya.

"kalau kau sudi, bukalah hati kau dan didiklah hati kau untuk cuba mencintai aku. peka kan hati kau tentang erti cinta sejati. dan terimalah aku sebagai suami kau, bukan hanya kekasih kau." ain menangis di dalam pelukan azam. dari sudut hatinya yang jauh, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan yazid, irfan dan azam.

cinta itu rumit, kadang2 kita sendiri tak perasan ada org lain yang lebih sayangkan kita even kita ada kekasih. tapi, jika kita buka hati, peka kan hati, kita akan tahu di mana sebenarnya terletak cinta sejati kita.

(hoyeah2, panjang kan cerita nih? penat laa, siapkan dalam masa sehari jek. idea spontan nih. HAHA! okay, pape pun enjoy~ sorry lambat sgt2 update ;P)

No comments: