Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Monday, January 18, 2010

Terima Kasih Maya! 10

Idham segera ke tempat kejadian di mana dia terlanggar seorang perempuan yang dia tak sempat kenal2 tukar2 no phone kenyit2 mata semalam. tapi malangnya dia tidak menjumpai cincin yang dicarinya itu. mungkin atau maybe, barangkali gadis itu telah meyimpankan untuknya. teka Idham sendiri.

(okay, tiba2 aku rasa mcm kering idea plak. so skip la psl ni ek. huu)
~~~~~~~~~~~~~~
"qis, am minta maaf sbb da msuk 6 bulan am hilang. am byk masalah la kat kampus tu. semua org pun mcm cari masalah ngan am. sampai am terlupa dkt gf am yang comel ni."

'eleyh, tau pun da lama. aku tak puas hati ngan kau tau x?' Balqis terkumat-kamit sendirian melepaskan geram.
"apa dia qis?" Ammar bertanya.

"eh, xde apa-apa. tak pe lah am. qis faham. lagipun qis pun busy gak lately." Balqis berbohong untuk menyedapkan Ammar dan dirinya sendiri.

"okay, jom kyte makan. am da lapar sgt ni. tp bila tengok muka qis sikit-sikit lapar tu hilang." Ammar mengenyit matanya. sekali lagi Balqis tergoda dan melupakan semua amarahnya. (hai, perempuan, perempuan)

selesai makan, mereka berdua bersiar-siar di dalam mall dan di luar mall tanpa hala tuju. janji kaki berjalan sudah. selepas itu, mereka berdua bercadang untuk pulang.
~~~~~~~~~~~~~~
"qis, am happy sgt hari ni coz dapat luangkan masa dengan qis. qis happy tak? am janji lepas ni tak kan abaikan qis lagi." manis betol mulut mamat nih.

"qis happy am. qis rindu sangat2 kat am tau tak. am tu da buat qis tertunggu2 macam tunggu bulan jatuh ke riba. am janji okay stick together macam dulu lagi lepas ni."

"am janji." Ammar kenyit mata lagi pada Balqis. Balqis tertunduk malu. tiba-tiba tangan Ammar merayap ke peha Balqis.

"eh, apa ni am? qis tak selesa lah." Balqis cuba menepis tangan Ammar. lalu kereta diberhentikan di bahu jalan yang agak sunyi. Balqis tak sedar macam mana mereka boleh berada di situ.

"alaa, qis kata kan nak 'stick together' ngan am kan? sekarang la am makbulkan hajat qis tu." tangan ammar sudah mula menyelak rambut qis dan bibirnya menghampiri leher balqis.

"am, qis merayu. jangan lah buat macam ni. bukan ni yang qis nak." rayu balqis sambil cuba menolak badan ammar. tetapi tidak berjaya kerana ammar telah pun menghempap badan balqis. tangannya mula merayap di seluruh badan balqis dan butang baju balqis dibukanya satu persatu.

balqis meronta2 dan menjerit meminta pertolongan. tiba-tiba...

"hoi! apa kau buat ni hah?"
~~~~~~~~~~~~~~~
"tak pe cik. cik selamat kat sini. lelaki tadi polis dah bawa ke balai. nah, minum air ni ya cik. kesat air mata tu." Idham memberikan air kepada Balqis.

balqis masih menangis. mujur ada lelaki budiman di depannya ini yang menolongnya. "maaf. terima kasih sbb tolong saya. saya tak tau apa akan jadi kalau takde encik tolong saya td." Balqis mula bersuara.

"tak pe. mujur tak de apa2 berlaku tadi. em, tak payah la berencik2 dengan saya. saya Idham. Khairil Idham. panggil jek Aril." Idham memperkenalkan dirinya. 'eh dia ni bape byk nama ntah. pelik betol.' tiba-tiba balqis teringat sesuatu.

"em, saya Balqis Nur Amina. panggil qis je. saya macam pernah dengar la nama aril. tapi di mana ya?" Idham hanya menghadiahkan balqis senyuman. "mungkin saya ni senior yang popular kat kampus ni kot. sebab tu qis kenal saya." Idham berseloroh. mereka berdua ketawa.

'bahagianya aku kalau dapat kekasih macam dia' tanpa disedari hati mereka berdua berbisik serentak.
~~~~~~~~~~~~~~
Log In!
Dunia Pelik Aku.
agak lama aku tak post apa-apa kat blog ni. sori qis qus qas. aku busy la lately. baru2 ni aku tolong bidadari dari kayangan yang lagi sikit nak jadi mangsa buaya tembaga. hei, pasal bf kau tu, selidik dulu diri dia tu mcm mana. mana tau dia pun spesies buaya tembaga. HAHA!
5 May 2006
14.55 p.m.

Idham menutup laptopnya dan mulutnya bernyanyi kecil. "amboi, bahagia ya kau. dapat durian runtuh ke? hulur la sikit." Azim menyergah Idham. tapi nasib baik kali ni dia tak melatah. jatuh market ouh.

"tak de lah. awek runtuh. HAHA! aku ada tolong awek cute tadi. kitorang da balas2 no telefon la bhai. nama dia sedap plak tu. Balqis Nur Amina. aku rasa dah boleh lupakan awek alam maya aku ni kot." Idham tersengih.

"alah kau ni aril. aku ingat apa la tadi. tp aku rasa dia tu junior kyte kan? dia mmg cute pun. tapi aku dalam proses usha dia nih. kau jangan gigit jari plak bila nampak aku dating ngan dia nnt." azim mengusik Idham kerana sengaja ingin melihat tahap kejelesan Idham. tiba-tiba bantal melayang ke muka Azim. mula lah sesi kejar mengejar di rumah sendiri.

"woi, kau nak letak awek penggoda-aku-tgk-pun-cair kau tu kat mana?" Azim sempat lagi menyakat Idham. Idham mendengus geram!

No comments: