Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Sunday, February 28, 2010

Hafiz dan Alia

"hai." erk. suara sape la pulak yang garau sapa aku nih. tak nampak ke aku tgh busy nih. roti krim di mulut terus ditelan tanpa sempat dikunyah. ya, aku busy makan. huhu. agak2 la nak tegur tu tgk la dulu time aku tgh free ke, ni org sebok tgh lunch dia sebok nak tegur. ah, apa aku bebel sorang2 nih?

"erk.. assalammualaikum." pemilik suara garau yang menyapa tadi tersipu malu. hee. "waalaikummuassalam. saya ganggu ke? ni Alia kan?" eik, dari mana budak ni tau nama aku? nak kata aku pakai tag nama office aku takde nya pun. tgh lunch pun nak pakai tag nama ape kehal. Alia menggaru kepala yang diselaput tudung. tak gatal pun. saje je garu mcm confuse sape budak ni? actually bukan budak laa. dah kategori bapak budak ya pun. huhu. sempat plak aku kutuk.

"em, yup. saya alia. awak sape? saya kenal ke?" lelaki tadi tersenyum. "tak de la kenal sangat. ni baru je nak kenal la ni. saya Hafiz." tersungging sengih di bibir hafiz menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. huhh, sweet!

"laa, kenapa da hilang ke gadis2 lain kat kawasan ni? tiba2 je nak kenal dengan saya. agak pelik." alia berlagak selamba sementara mulutnya terus mengunyah baki roti krim tadi. alahai minah ni. aku nak kenal dengan dia pun salah. nak tengok rupa takde la macam mak orang pun. aku conform dia ni masih anak dara lagi. lain la kalau da kena tebuk tupai. oppss! sesuka hati aku jek buat andaian ganas sampai mcm tu. hehe.

"tak de laa, saje je pun nak kenal. lagipun da seminggu lebih sy tgk awak makan sorang2 je. mana tau kalau saya boleh teman awak hari2 ke. hilang la sikit sunyi tu." eh, mana pulak si budak hafiz ni tau aku sunyi? well, mmg sunyi pun. hari2 aku lunch sorang2. habis office hour pun balik sorang2. tak ke haru tu.

"erk, pelik la awak ni. suka hati lah. saya dah nak balik office ni. gerak dulu. ok, bye. assalammualaikum." alia terus menghayun kakinya ke arah office nya yang terletak tidak jauh dari tempat dia menjamu selera tadi.

"eh, nanti. kejap. tunggu dulu." hesh! berlagaknya. kesian aku. takpe lah, hari lain try lagi. jawab salam dalam hati jela. Hafiz turut berlalu ke tempat kerjanya setelah hati rasa sikit kecewa.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Alia mengetuk2 pennya di laptop dihadapannya. hidungnya yang mancung di sentuh2 konon nak bagi mancung terlebih lagi.

"hai, dah takde kerja lain dah ke?" tgk! kena sergah lagi. nasib la aku tak macam nenek aku kat kampung tu. kalau tak segala benda dpn mata ni boleh jadi bahan melatah. huhu. apa la si gigi mancung ni nak. hebat kan? aku hidung mancung, officemate aku gigi mancung. HAHA!

"tak de pape la Iylia. aku tgh fikir masa depan jek." ini lah officemate aku yang paling rapat ngan aku. tapi rapat2 pun dia bukan selalu ada ngan aku. so terpaksa la aku makan sorang, balik sorang semua tu. dia ni busy dengan apa pun aku tak tau. tapi bila pasal life aku dia busy2 pun tolak tepi. suka sangat sponsor kain dekat aku. yelaa, suka jaga tepi kain orang kan. aku pun tak paham peribahasa apa aku try nak elaborate nih.

"alah kau nih. kalau ada apa2 bagitau jela aku. kau ni macam tak biasa pulak." mmg dah biasa sgt iylia. dah biasa sgt kain aku kau jaga. takut sgt singkat kan? even perangai iylia annoying kadang2, tapi aku selesa kawan dgn dia. kadang2 masalah aku dia yang settle kan. bagus kan? tak payah pnt2 aku fikir. huhu.

"tak laa, tadi ada sorang budak tegur aku. siap tanya nama lagi. nasib je dia tak tanya no ic aku ke, no surat beranak ke." alia buat lawak macam jadi jek.

"budak? bape tahun? ni budak tu tanya kau yang lost dari parents kau or budak tu yang lost dari parents dia?" alia kerut dahi. iylia buat muka serius habis.

"apa kau merepek? budak tu bukan umur 3-4 tahun laa. ni dah kategori bapak org dah." iylia tergelak. "hei kau ni. big boss kat office ni pun kau panggil budak. ni ntah mamat mana ni pun kau panggil budak. pening la aku. so, knp tiba2 dia tanya nama kau? apa plak nama dia?" iylia bertanya tak sabar.

"eh, relax laa. nama dia hafiz. dia kata nak kenal ngan aku. tetiba jek. tak kenal tak ape tiba2 nak kenal ngan aku." eh, bukan sepatutnya mmg betol macam tu? sbb tak kenal la dia nak kenal ngan aku. ah, lantaklah. yang penting mamat tu mmg pelik.

"kau ni alia. hati batu sgt. try la kenal2 dulu. umur tu dah dekat 25 tak kan nak single jek." iylia bagi cadangan. "ish, ibu aku ckp, kalau umur tak cecah 30 lagi tak pe kalau tak kawen lagi." alia membuat gaya mengingati nasihat ibunya. nasihat ke? huhu.

"suka hati kau lah alia. tapi kalau ada pape hal kau minta tolong aku jek. okay? dah laa, nak pergi sambung kerja." alia hanya menghantar iylia keluar dengan ekor mata. bagus la dapat kawan macam iylia ni. dah la nama pun dkt2 sama. cuma tahap kemancungan je yang lain. haha.
~~~~~~~~~~~~~~
"hafiz! kau hari2 makan kat sini tak boring ke?" Iqram menepuk bahu hafiz. iqram pelik tgk hafiz yang dari tadi tak lepas pandang meja yang sama. kalau ada org kat situ tak pela jugak. ni tidak. bukan ada org pun. jangan jangan............ hish! apa aku merepek nih? disebabkan hafiz ni la aku kena seret jugak kat medan selera ni. boring betol la. dah seminggu lebih makan kat sini. tak muak ke?

"syhh! kau diam la. aku tgh perhatikan org ni. kalau aku kalih pandang kat kau silap hari bulan terlepas aku nak tgk dia." dia? sape tu? halah hafiz ni mmg tau. "ei, apa kau ngarot? bukan ada sape pun kat meja tu. ke kau nampak benda lain fiz? weh, kau jgn buat aku kecut. aku gerak dulu lah kalau gitu." fail biru sedap landing di kepala iqram. mengarot tgh2 hari buta. aduh...

"hah! tu dia da dtg. tu dia. tu dia." hafiz excited terus berdiri menghampiri meja yang ditenung tadi. iqram terpinga-pinga tak faham situasi sebenar. hish! hafiz ni dah angau ke apa?
~~~~~~~~~~~~~~
"hai alia. ingat saya lagi? saya hafiz. yang semalam tu." hafiz menghadiahkan senyum manis. "assalammualaikum." hafiz lagi sekali termalu sendiri. yela, lain kali aku bagi salam. "er.. waalaikummussalam. boleh saya duduk sini?" hafiz dengan tak malunya duduk di kerusi berhadapan dengan alia.

"ouh, ni la budak yang alia bagitau aku semalam tu. by the way, saya iylia." iylia yang dari tadi jadi pemerhati tiba2 menyampuk bila tgk dua2 tu diam membeku. baik aku masuk line dulu. hehe.

"em, budak?" iylia tersengih2. alia buat muka selamba. hafiz puzzled. dah mmg gaya alia. mmg suka panggil suma org yang dia kenal budak. org tua pun selamba dia ckp budak. tapi mak ayah atok nenek dia tu takde la dia ckp camtu. mahunya kena bantai dengan penyapu 3 hari 3 malam la jawabnya.

"alia, saya cuma nak berkenalan dengan awak je. harap awak sudi." perkenalan iylia hanya dihadiahkan dengan senyuman. tapi perhatiannya lebih kepada alia. apa la kerasnya hati budak ni. nak berkenalan pun dia buat muka toye jek. takde perasaan ke?

"eh, iylia. dah habis waktu lunch ni. jom masuk office." alia pantas membuka langkah ke arah office nya tanpa memandang sedikit pun hafiz yang dah terkulat-kulat. malu barangkali. padan muka. heh. "eh, encik hafiz. sorry la. alia tu mmg macam tu. hati batu konkrit sikit. maafkan jela dia eyh. dia tak biasa berbual dengan org yang dia tak kenal. lagi2 lelaki." panjang iylia menerangkan situasi sebenar.

hafiz mengeluh. "em, takpelah cik iylia. boleh tolong sampaikan ni untuk dia? terima kasih ya." iylia menyambut huluran hafiz. plastik berwarna pink itu bertukar tangan. iylia mengangguk dan berlari anak mengejar alia yang sudah jauh ke depan.
~~~~~~~~~~~~~~~~
"amacam bang? dah berkenalan?" Hasif menegur abangnya, Hafiz. hafiz menggeleng kepala. hasif dah agak dah. abang dia ni bukan hebat sangat pun bab mengayat perempuan. haish!

"susah la dia tu hasif. abang baru ckp nak berkenalan je dia dah angkat kaki blah macam tu je. sombong ke apa dia tu? pelik betol lah. keras hati mcm batu konkrit." heh. aku rasa batu nisan pun sesuai kott.

"relax la bang. dia mmg jenis macam tu kott. mmg hati batu pun. kesian......" hasif mengeluh panjang. "heh, kau kesian kan sape actually? kalau kau kesian kan abang agaknya jam dah berhenti berpusing kott." hasif hanya mampu tarik senyum sumbing. memang dia tak kesian kan abang dia pun. cuma seseorang tu je yang dia kesiankan. huhh.
~~~~~~~~~~~~~~~
alia menghempas tubuhnya ke atas sofa empuk di ruang tamu rumahnya. plastik pink yang diberi oleh iylia tadi dibaling jauh. tudung ditarik keluar. rimas!

"kak, baru balik? nah air ni aina buat. minumlah." aina menghulur air milo panas kepada alia. air dihirup laju oleh alia. panas hati sangat la tu. "kak...." aina tegur alia takut-takut.

"hmmm.." pendek jawapan alia. tapi aina tekad akan pujuk juga kakaknya itu. "kak, aina.. nak minta... izin lagi sekali kak. janganlah... halang relationship aina.... dengan dia. please kak.." suara aina tersekat-sekat. takut kakaknya tiba-tiba naik angin.

"aina ni nak kakak ckp berapa kali?" suara alia dah meninggi. hah! kan da ckp. mesti naik angin punya. "tapi kak.. dia betul2 ikhlas." aina masih cuba memujuk. harap kakaknya memahami. tapi..... "apa? ikhlas? mana kau tau? kau dah bedah hati dia tgk dia ikhlas ke? aina! dgr sini. akak masih ada. akak boleh jaga aina. jangan nak menggatal tagih kasih sayang org lain selagi akak masih hidup!" tegas suara alia.

kaki dihayun pantas masuk ke bilik. huhh! panas betul hati ni! balik2 rumah dengan penat tak hilang ada aje nak cari masalah. dengan masalah office nya, dengan masalah si aina yang tak paham2 bahasa ni. dengan budak yang ntah sape2 sibuk nak berkenalan ngan aku lagi. ada ke patut dia bagi aku buku pelembut hati siap dengan kaset tazkirah dari Dr. Fadzilah Kamsah. apa aku ni tak lembut hati ke? aku ni keras hati sangat ke? dengan aina mmg laa. kena tegas sikit. baru form 5 dah gatal nak berkasih sayang. dulu aku tak pun mcm tu. sekarang pun tak. ugh!
~~~~~~~~~~~~~~~
Seminggu berlalu. seminggu juga lah hafiz tak putus asa cuba nak berkenalan dengan alia. dah macam2 strategi dia cuba untuk tarik perhatian alia supaya berbual dengan dia. tapi hampa. sentap betul!

"alia, kyte pergi keluar sama2 nak tak? saya belanja makan lunch ke, tgk movie ke.. lgipun awak tak boring ke asyik lunch kat tempat sama jek." hafiz cuba memancing. "tak." aik? pendek je jawapan? perempuan ni mmg la hai. uji kesabaran aku betol lah.

"hish. awak ni kenapa alia? ada masalah sgt ke nak berkenalan dgn saya? nak berkawan pun tak boleh? apa keras sangat hati awak? seumur hidup saya tak pernah kenal la perempuan hati batu konkrit macam awak ni. sombong tak bertempat. sedar la sikit diri tu...." belum sempat hafiz menghabiskan kata2 nya, tangan alia kuat menghempas meja tempat mereka duduk di medan selera itu.

mata alia merah. tahan marah barangkali. hafiz dah kecut. air liur ditelan terasa pasir. alia cuba menahan air matanya dari jatuh. seumur hidupnya, tak pernah lagi ada org yang berani tegur dia mcm tu. ini tak boleh jadi! kau mmg nak kena hambur dengan aku. huhh!

"hei encik hafiz! awak ckp tu baik2 sikit eyh. awak jangan nak cakap pakai sedap mulut je. awak tu sape nak tegur saya mcm tu? lagipun bukan saya yang nak kenal dengan awak sgt kan? yang awak masih sibuk2 terhegeh2 nak kawan dengan saya kenapa? ada sy suruh? dan awak takde hak nak tanya kenapa perangai saya macam ni. saya macam ni pun ada sebab." alia merenung tajam mata hafiz.

hafiz membalas renungan itu berani. dengan tenang dia bertanya. "hemm, sebab apa?" alia terkejut. dia tersalah ckp ke tadi? dia ckp apa ek tadi? "awak takde hak nak tau!" alia membalas. tapi hatinya terasa tak sedap.

"tak baik awak nak sembunyikan sesuatu dari org yang dah dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran dan hati awak tu." hafiz membalas selamba. alia pelik. dia faham fikiran aku? hati aku? heh. dah lapuk la ayat mengorat awek tu. alia mencebik.

"cuba awak bagitau saya apa masalah sebenar awak. kenapa awak tak boleh berkawan dengan saya? berkawan je pun, bukan saya ajak awak kawen lari kat siam sana tu." hafiz ketawa. alia menjeling. hafiz sambung lagi. "awak ni ada masalah family ke? atau awak memang sengaja letak dinding sebagai benteng untuk bagitau konon awak kuat hidup sorang2." apa hafiz ni? mcm ahli nujum je.

alia terpana. macam mana hafiz boleh meneka hatinya. tak sangka ada jugak orang yang faham dengan hati batunya ni. "sebenarnya, saya mmg ada masalah. family saya, hanya tinggal saya dengan adik. ibu dan ayah dah lama takde. diorang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka dan abang saya. jadi saya sebagai kakak sulung bertanggungjawab galas semuau ni. waktu tu saya umur 17 tahun. adik saya masih tak faham lagi apa erti pengorbanan. demi dia, saya sanggup dirikan benteng dalam hati ni supaya tak layan mana2 lelaki atau menyusahkan org lain untuk selam perasaan saya. saya sanggup korbankan macam2 demi nak tgk adik saya berjaya. tapi disebabkan seorang lelaki, dia dah pandai berdegil dengan saya. sy tak nak tgk dia hanyut dalam percintaan dan pelajaran dia tertinggal. sedangkan saya sanggup tolak ramai pinangan lelaki supaya kebajikan dia tak terjejas.

alia tergerak hati untuk menyuarakan isi hatinya kepada org yang baru dikenalinya 3 minggu. tak sampai sebulan pun. memang dia terluka dengan sikap adiknya. tak pernah ke dia memahami pengorbanan kakak nya ini?

hafiz mendengar dengan teliti. dia mengukir senyum. lantas tangan alia ditarik dan dibawa masuk ke dalam keretanya. "kita nak pergi mana ni?" alia pelik dengan sikap hafiz yang tiba-tiba berubah itu. dah la tak bagi reaksi masa aku luahkan perasaan. boleh pulak tiba-tiba tarik aku masuk kereta ni. "ikut je." pendek jawapan hafiz. alia mendengus.
~~~~~~~~~~~~~~
hafiz menghentikan keretanya. enjin keretanya dimatikan. "eh, ini sekolah aina, adik saya. kyte nak buat apa kat sini? waktu sekolah aina dah habis kan?" soalan alia tidak diendahkan. alia hanya mengikut langkah hafiz dari belakang. hafiz tiba-tiba berhenti di sebuah pondok dan duduk di situ. alia hanya menurut.

tiba-tiba hafiz menunjukkan ke satu arah. alia mengekor tangan hafiz dengan mata. Aina! memang tak salah. itu aina. dengan sape tu? lelaki? aina ni dah melampau. habis sekolah je dah pandai dating. alia tak sabar terus mengatur langkah ke arah aina. hafiz terkejut. alamak! apa lagi alia nak buat nih?

"eh alia. awak nak pergi mana?" hafiz menahan alia. aina dan temannya yang perasan akan kewujudan hafiz dan alia di situ terus bergegas ke arah mereka berdua. aina muka dah kecut. takut akan kemungkinan kakaknya menghamburkan kata-kata. teman di sebelah tenang. "abang. kenapa ni?" abang? hei! that I heard something wrong?

"adik awak?" alia sudah mula nak menyinga. "alia, actually.. sy nak cuba kenal dengan awak sebab saya kesiankan adik awak. dia dengan adik sy mmg bercinta pun." alia geram. apa ni?

"ouh, jadi awak dah tau? habis tu kenapa tak halang? abang jenis apa awak ni? tak fikir pelajaran adik sendiri ke?" hafiz ketawa tiba-tiba. eh, org serius dia boleh ketawa.

"awak pernah tak tgk report card adik awak? atau awak nak saya tunjuk report card adik sy?" alia makin pelik. aina memainkan peranan. "kak, sebenarnya sejak aina berkawan dengan hasif, pelajaran aina dah tak macam dulu lagi. sejak ibu and ayah pergi, bukan akak sorang je yang rasa kehilangan. peristiwa tu pun effect aina jugak. sejak dari hari tu pelajaran aina makin down. tapi hasif la yang dah tolong aina. kak, jangan risau. relationship ni membantu aina untuk jadi kuat macam akak. bukan aina tak faham pengorbanan akak. tapi tolong la faham situasi aina. dan abang hafiz cuma tolong hasif untuk lembutkan hati akak. tapi tak berkesan kott." aina beriak kecewa.

alia terpempan. selama ini dia tak pernah nak faham perasaan adiknya sendiri. ya, memang pun. yang dia tahu, adik dia mesti pergi ke sekolah, belajar, berkerjaya dan tentang perasaan langsung tidak disentuhnya. aina, maafkan kakak. matanya sudah memerah dan cecair jernih membasahi pipinya.

"aina, kakak minta maaf." alia lantas memeluk adik kesayangannya. "kak, aina faham. aina faham semua yang kakak pernah lalui. dan aina tahu akak nak aina berjaya dalam hidup macam akak. sekarang aina tengah cuba." aina meyakinkan alia. 4 mata yang memandang hanya tersenyum lega. relationship telah direstui.
~~~~~~~~~~~~~~
"hello, assalammualaikum." terdengar suara garau di hujung talian. pandai pun bagi salam. ingat dah tak reti. huhu.

"ya, waalaikummussalam encik hafiz." alia menjawab salam ceria.

"eh, bukan budak ke?" eleyh, tau la aku selalu main bantai panggil dia budak. nak perli la tu. alia hanya tertawa menutup bengang.

"well, cik alia. maafkan sy sbb cara sy berkenalan dengan awak dulu tu demi adik-adik kyte je." hafiz bertutur lembut. hati alia pun bisa dicairkan.

"erk, manede. sy lagi happy ada la. thanks sbb sedarkan sy. bagi sy, awak lah abang yang hebat. perasaan adik sendiri pun alert. tak macam saya." suara alia bertukar sayu.

"eh, sedih ke? tak moe. tak moe." ish, suara comel dah keluar pulak. cair lagi sekali macam mana ni? "hello, dreaming ke cik alia?" alia tepuk dahi. hish! mcm mana la boleh termengelamun pula nih.

"eh, manede. sy ada kat sini lagi. belum sampai london pun." erk, lawak ke? entah la. tibai jela. "ouh, pandai buat lawak. so cik alia, apa kata sy tukar cara berkenalan sy dengan awak cara lain pulak?" hafiz memberi cadangan. macam pelik jek.

"tukar macam mana tu?" alia bertanya excited.

"kali ni tukar nak berkenalan merangkap nak mengorat awak pulak." sudah kedengaran hafiz ketawa di hujung talian. ha? erk. apa nih? tapi kalau betul apa salahnya. ngeee. alia senyum meleret.

No comments: