Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Sunday, February 7, 2010

Coretan Burung Kertas


"Nah!" tangan kecil milik kanak-kanak terhulur. Perlahan-lahan huluran kanak-kanak itu disambut oleh tangan kecil milik kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang kanak-kanak perempuan tadi.

"Apa ni?" kanak-kanak lelaki itu bertanya. Senyuman nipis terukir di bibir si kecil molek lantas bersuara, "Untuk awak, dari saya."

"Atikah, apa kamu buat dekat sini? kan ibu kata kamu tak boleh jalan jauh." si ibu berleter. belum sempat kanak-kanak lelaki itu mengucapkan terima kasih, kanak-kanak kecil molek itu telah dipimpin oleh ibunya pulang ke rumah. Namun sempat dia menoleh dan memberikan sekuntum senyuman. MANIS, senyuman tu. ATIKAH.

~~~~~~~~~~~~

"Dani!" Dani Irfan tersentak mendengar namanya disebut. Dani menekan kepalanya yang sakit bagai mengingati sesuatu. keluhan kecil terbit di bibirnya.

Papp! sekali lagi Dani tersentak. Jari milik Saiful tepat mengena di dahinya. "hei, kau ni kenapa dani? termenung dari tadi?" Saiful mengambil tempat di hadapan Dani.

"Em, tak de pape lah. kau buat apa kat sini?" soal Dani. "Eh, sejak bila pulak aku diharamkan jejak kaki kat office kau ni? ah dah la. malas nak layan penyakit Alzheimer kau ni." saiful menarik muka.

"Alaa, relax la epul. aku tgh pening pikir masalah office ni." bohong sekali. "dah tu aku pikir mummy aku kat rumah tu dah makan ke belum. risau!" bohong dah dua kali.

Sejak bila la pulak bestfren aku ni ambil berat pasal office ni dengan mummy dia tu? "Ada-ada jela kau nih. aku nak bagitau ni. esok ada interview setiausaha kau yang baru." Saiful menerangkan tujuan sebenar dia menapak dalam office Dani. "Ouh, okay" okay je? "Hello brother. aku nak ingatkan ni. kau yang patut jalankan tugas interview ni. jangan dok harapkan aku je." Saiful mengangkat jari telunjuknya.

"Ta.. tapi epul" dani menagih simpati. "No excuses. fullstop!" tegas Saiful. faham sangat dengan perangai Dani yang tiada minat langsung dengan perusahaan ayahnya. dia ada dekat meja CEO Syarikat Bersatu Holdings ni pun atas desakan mummy nya untuk dia meneruskan karier ayahnya. Dani menghantar Saiful keluar dari biliknya dengan keluhan kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Atikah, kamu betul2 dah sihat ke?" tangan Pn. Masyitah mesra mengelus lembut rambut ikal anak kesayangannya. Hanya itu harta tinggalan arwah suaminya yang telah pergi akibat penyakit HIV 12 tahun lepas. salah suaminya, tapi mereka berdua yang mendapat tempias. tapi dia tak pernah menyalahkan suaminya.

"Ibu, tak perlulah risau tentang tieka. tieka okay ibu. demam ni dah kebah pun." Atikah membalas renungan ibunya. "tapi ibu risau. betul ke tieka nak start kerja esok? tak nak rehat lebih lama lagi?" Pn. Masyitah menggenggam erat tangan atikah.

"Ibu, tieka dah besar bu. sekaranglah masanya tieka sara ibu. tak kanlah tieka nak susahkan ibu sorang. kalau macam tu sampai bila2 pun tieka tak kan maafkan diri tieka." atikah membuat muka cemberut. "baiklah, ibu percayakan tieka. tapi tieka kena janji always take care of yourself." mata atikah direnung penuh kasih. "Tieka promise ibu" atikah berjanji lantas memeluk ibunya erat.
~~~~~~~~~~~~~~~

Nombor gilirannya telah dipanggil. lipatan tudung dibetulkan. dengan penuh yakin, langkah dihayun ke dalam bilik yang tertera Dani Irfan CEO Syarikat Bersatu Holdings di pintunya. Tombol pintu dipulas dengan lafaz basmallah.

TAHNIAH! awak diterima bekerja dalam Syarikat Bersatu Holdings. mulai esok, awak boleh mula bertugas sebagai setiausaha saya.

Dani lega tugasnya telah selesai. kalau diikutkan hati, mahu saja dia berhenti dan memaksa saiful meneruskan tugasnya. tetapi setelah giliran ke 38 masuk, terus sahaja dia menerima gadis itu bekerja tanpa bertanya lebih lanjut tentang pengalamannya bekerja demi mendengar sebaris ayat dari bibir gadis itu.

'Assalammualaikum, saya Nur Atikah Ainina.'
Hati Dani tiba-tiba tertarik dengan sebaris nama itu.
~~~~~~~~~~~~~

"Dani Irfan! berapa kali mummy nak cakap? jangan kawan dengan budak perempuan tu. mummy tak suka!" tegang muka Datin Filzah memarahi anaknya.

"Nama saya Nur Atikah Ainina. awak?"

"Dani Irfan."

Dani terjaga dari tidurnya. kepalanya ditekan perlahan menahan kesakitan. bagai ada sedikit kenangan menerajah di dalam ingatannya.
~~~~~~~~~~~~~

"Atikah, masuk bilik saya sekejap." Atikah tersentak dan terpinga2 sepertimana terpinga-pinganya dia di saat dani menerimanya bekerja semalam. mudah macam tu je.

"saya Encik Dani." Atikah terpaku melihat sepasang mata hazel milik Dani. rambutnya yang disikat kemas sangat sesuai dengan wajah putih bersihnya.

Dani terpaku melihat wajah lembut milik Atikah. bibir yang semulajadi merah tanpa secalit lipstick menyerlahkan kecantikan gadis berkulit kuning langsat di hadapannya.

"Ehem. boleh interframe?" suara Saiful memecah suasana. lantas kedua-dua mereka kelu tanpa suara.
~~~~~~~~~~~~

"ibu, tieka dah jumpa dia." Atikah berlari mendapatkan ibunya. "tieka pasti ke? dah 12 tahun syg. macam mana tieka boleh yakin itu dia? lagipun, tak mungkin dia dapat ingat semua masa lalu." Pn. Masyitah ragu dengan anaknya.

"betul ibu. tieka tak kan lupa mata hazel dia, pandangan redup dia ibu." Atikah meyakinkan ibunya. air mata sudah membasahi pipi mulus Atikah. "sudah lah tieka. dah 12 tahun berlalu. lupakan saja semua tu. mungkin dia dah berpunya, kita tak tahu." Pn. Masyitah memujuk lembut anaknya. maaf tieka, ibu tak nak kamu dihina lagi.
~~~~~~~~~~~~

Sudah sebulan Atikah berkhidmat di Syarikat Bersatu Holdings. dan sudah sebulan jugalah dani tidak putus mengikuti perkembangan Atikah. dia yakin gadis ini ada kena mengena dengan kenangan lepasnya.

"Encik Dani.. maaf. Encik Dani. file ni nak letak mana?" suara atikah memecahkan lamunannya. "Aa, letak situ je." dengan sepantas kilat atikah patuh pada arahan. "Tunggu kejap." suara lantang dani menghentikan langkah atikah yang sudah berkira-kira untuk keluar dari bilik itu.

"saya nak tanya something dekat awak. jemput duduk." tanpa membantah, Atikah menurut. tekak dilegakan. ayat yang sesuai disusun. "Atikah, awak rasa kita pernah kenal tak sebelum ni?" diam.. "saya rasa awak ada kena mengena dengan kenangan 12 tahun lepas saya dulu." diam lagi.. "Atikah, tolong beritahu saya awak Atikah saya, Atikah yang pernah hilang dari ingatan saya beberapa tahun yang lepas!" bentak Dani tiba-tiba.

Atikah terkejut. "Maaf, encik salah orang. saya tak paham apa yang encik cakapkan. maaf, saya minta diri dulu." pantas kaki dihayun. Dani meraup mukanya kasar. bekas kaca di mejanya dibaling sehingga berkecai. 5 minit.. 10 minit.. 15 minit..

"Encik Dani. Atikah pengsan!"
~~~~~~~~~~~~~~~

"Makcik minta maaf Dani. cuma ini yang ditinggalkan Atikah untuk kamu." plastik bercorak bear bertukar tangan. sekeping kad dikeluarkan.

'Dani, saya Atikah. ingat saya lagi? maaf, saya tak kuat untuk mengaku siapa diri saya yang sebenar. kerana sebuah janji ibu saya.
~~~~~~~~~~~~~~

"Nah! ambil duit ni. berambus kau dari kawasan ni. aku tak nak nampak lagi muka kau dan anak perempuan kau lagi kat sini. jangan ingatkan anak aku pada anak kau! aku tak rela anak aku berkawan dengan budak pembawa HIV!" pintu rumah dihempas kuat oleh Datin Filzah. terkebil-kebil mata Pn. Masyitah. mulai dari saat itu, hilanglah wajah Pn. Masyitah dan Atikah dari pandangan Dani.
~~~~~~~~~~~~~

'ingat burung kertas kita dulu? saya buat khas untuk awak. permintaan terakhir dari saya, bukalah satu-satu lipatan burung kertas tu.'

dengan cermat, Dani membuka lipatan burung-burung kertas itu. Tangannya makin laju apabila terdapat tulisan di setiap burung kertas itu. Kertas-kertas itu disusun sehingga membentuk sebaris ayat,

'Dani Irfan, mata hazel awak, redup mata awak, tak kan saya lupa. Anggaplah jodoh kita hanya sementara. Atikah cintakan Dani'

"ATIKAH!!! awak kejam tinggalkan saya buat kali kedua. kenapa? kenapa Atikah??" Dani menjerit bagai diserang histeria setelah ingatannya sudah mula muncul satu-persatu. malangnya, jeritannya tidak didengari sesiapa.
~~~~~~~~~~~~~

"Awak, simpan baik-baik tau burung-burung kertas ni. saya buat untuk awak."
"Terima kasih Atikah." senyuman manis terukir di bibir kedua-dua kanak-kanak itu.

2 comments:

siti nurhamizah said...

thats all ke shafi?
hmmm, hope ade sambungan.

shafi said...

huhu.
ini short story je syg.
hee ;D
harap sbr menanti cerita lain pula ;)