Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Friday, January 15, 2010

Terima kasih Maya! 1

"Balqis!!!" teriak Pn. Syuha dari tingkat bawah. terkocoh-kocoh Balqis turun dari tangga setelah terkejut mendengar suara lantang mama nya.

"ya mama. mama panggil balqis ke?" tanya balqis sambil membuat muka innocent nya. "iyelah. tak kan mama nak panggil abang kamu 2 plak kot. da la sejak cuti ni dia asyik tido je. hah! kamu ni. apa mama suruh buat td da buat? da sapu sampah rumah? da masak nasi? kamu da mkn belom? hei kamu ni. dasar anak dara 'kelempong!' apa yang kamu buat sehari suntuk kat rumah ni? 2 mesti tak habis2 menanguk laptop la 2. huhh!"

belum sempat Balqis menjawab apa2, mama nya telah pun masuk ke bilik sambil mulut terkumat-kamit. 'urgh, mama aku ni. mcm tau2 je apa aku buat kat rumah ni. papa psg cctv ke kat umah ni' getus hati kecil Balqis (ada ke org hati besar? grr)

Setelah SPM habis, Balqis hanya terperap di rumah. tak tau apa nak buat. jadi dia hanya melayan dunia maya 24 jam tolak 5 jam waktu abangnya menolak2 dia supaya memberi peluang abangnya pula menggunakan laptop acer siri lama ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Now you're gone.
I realize my love for you was strong.

nada dering phone N73 Balqis berkumandang. terkedek2 dia berlari mendapatkan phone hadiah dari abang kedua nya.

"hello. ouh, Ammar. ada ape?" tanya Balqis kpd si pemanggil. Ammar adalah kawan sekelas nya ketika Form5 dahulu. ntah apa yg si Ammar nak pun dia tak tau. setiap hari keblakangan ni Ammar asyik call jek waktu semua org da tido. tp bila dia telefon, mesti sebok tanya knp x tido lagi. dah bunyi phone memekak malam2 mcm mana nak tido? tak gitu? (lama gak Balqis senyap dlm phone sampai sempat pk psl ni. huhu!)

"hai, asal xtido lg?" see? betol kan dia tanya gini? huhu! "xleh tido laa. malas nak tido. xde sape nak tidokan. hehe!" Balqis ni mmg gedik ya. sila percaya. huhu! "ouh, karang Ammar tidokan, tak bangun2 plak Qis nnt." 'grr. bila ke masa plak aku suruh ko tidokan?' Balqis bermonolog sendirian.

setengah jam selepas itu, panggilan telefon dari Ammar terhenti sendiri. 'huhh. abis kedit la 2. xsenonoh btol. kalau nak ngorat mlm2 pun topup la byk2 skit. huhu!' balqis menggedik sorang2 di katil biliknya. (jgn pk lain naa. lempang kang!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Log In!
Memori Qis.
hei budak-tak-reti-letak-telepon-awal call lg semalam. thanks ya bg aku gelak mlm2. nasib baik mama papa abang suma da tido. lau tak abis aku kena luku free2 dari diorang. hiks. urgh, bosan nya hidup aku without boyfren. haha! Mr. Rascal, apa patut aku buat ya tok ngorat jejaka2 tampan yg masih teruna dan belom berpunya di luar sana?
15 Januari 2006
12.02 p.m

Balqis sering log in blog kesayangannya dan di situ lah tmpt dia meluahkan perasaan dan Mr. Rascal merupakan tukang komen yg paling 1st di setiap entry nya. Memori Qis adalah nama yg paling terhebat dia dpt pk untuk blog nya ini.

No comments: