Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Monday, January 25, 2010

Ini Cerita Kita 1

tree Pictures, Images and Photos
Aku merenung jauh ke arah pokok besar di belakang lab bio yang bising dgn suara rakan-rakan lab ku yang lain. sikit pun aku tak berminat nak join diorang. yelaa, tak habis2 ckp pasal boyfren, kecantikan, plastic surgery lah ntah ape lg. tak kuasa mak! tau la aku tak de boyfren. tak desperate ok nak ada sorang. petik jari pun boleh dpt ape. ouh, riak sekali.

"huhh!" dari tadi aku asyik mengeluh jek. nak kata hilang anak tak jugak.
"hoi mia! apa kau buat kat sini sorang2? join la kitorang. at least kau boleh tau sape boyfren baru yaya, sape bakal boyfren ain." eh jasmin ni tetiba nak sergah aku. ekali aku tangan baru tau!
"apa kejadahnya aku nak amik tau. benda2 tu semua masuk exam ke? kalau masuk nak jugak aku amik tau." ya, ini hobi aku. perli dan kritik. thats why kot aku tak de boyfren sampai ke tua ni. eh actually tak tua sgt ok. baru nak masuk 20. semester pertama ni pun dah nak habis dah.

"oi, oi! apa yang bising2 tu? kampus kyte ni nak buat party mengejut ke?" salah seorang daripada mereka bersuara setelah mendengar kekecohan di luar pintu lab.

"wassup dude! hei korang semua. mulai hari ni, aku tukar fahaman ok. bosan lah subject ke engineering tu. so aku decide nak masuk lab hari2 dengan korang." Amin rupanya yang buat onar. aku ingat sape td. amin salah sorang top student yang digilai ramai gegirl kat kampus ni. tp malangnya aku tak minat sikit pun. playboy kampung palembang. perlu ke aku nak terpikat? heh!

"hai girl. aku nak duduk sini. mulai hari ni aku and kau jadi lab partner."
e'eh sesuka hati jek mamat ni nak duduk sama meja dgn aku. bukan muhrim!
"excuse me encik amin. banyaaaaakk lagi tempat duduk yang kosong kat sana tu. pergi la duduk kat sana." aku geram nih. tetiba je mamat ni nak menyibok. padahal ramai kott awek2 dia syorkan tempat duduk. huhh!

"well, ikut suka aku lah nak duduk mana. memandangkan kau sorang je yang tak syorkan tempat duduk ni, so aku pilih tempat ni." apa ke peliknya lah mamat ni.
ok, aku boleh nampak banyak mata tgh jeling aku. eh lantak korang lah. bukan aku yg tergedik2 mcm korang suruh mamat selamba badak ni duduk sini.
~~~~~~~~~~~~~~
"hah mia! mcm mana? best tak duduk sebelah amin the top student tu?" Jasmin ni mmg suke sangat sergah2 orang mcm ni.
"best kau kata? aku rasa lebih selesa kott duduk dekat luar lab tu sorang2. tak selesa ok duduk sambil mata byk jeling2 aku. apa kehalnya ntah."
"alah diorang tu jealous la tu tak dapat duduk sebelah amin. kalau aku pun jealous tau! tp nasib baik la cik abg hemsem aku ada kat sebelah. HUHU!"
"haah iyela tuh. kau jgn nak menggatal. aku repot kat cik abg kau tu krg baru tau! dah jom pegi cafe. aku dah lapar tahap dewa 19 nih."
~~~~~~~~~~~~~~
"weh mia. kau suke tak kalau tiba2 amin tu minta no phone kau and then dia usha2 kau? kau nak terima tak?" ha'alah minah ni tak habis2 lagi rupanya. ingat dah habis tadi.
"weh jas! aku rasa lagi banyak gegirl kat luar sana. eh bukan. kat dalam kampus ni pun berlambak. diorang lagi sesuai dengan mamat-top-student tu lah. aku ni bukan cantik pun. comel tu ada lah." mmg wajib ok puji diri sendiri.

"sape yang comel tu? angkat muka sikit! nak tgk comel sangat ke?" tiba2 ada suara sebok sergah. walaweh mamat-top-student ni rupanya yang dtg. ah malu! malu! segan! segan! grr.
"hello cik adik. tak de orang yang comel yang mengaku diri dia comel. perasan la kau. sana tepi sikit! nak duduk sini!"
"oi mamat! ada aku jemput kau duduk sini ke? tak malu pipi tersorong2, tak memasal nak menyelit tempat org. apa cafe ni tak byr tok kerusi meja lebih ke?" mamat ni melampau ar. tak malu betol sebok menyelit!

"hello minah. aku punya suke lah nak duduk mana pun. ada aku kesah cafe ni tak byr tok kerusi meja lebih?" haah berlagak giler.
"hello mamat! kau ingat kampus ni mak bapak kau yang punya ke?" aku dah mula cekak pinggang nih!
"wei mia. mmg la kampus ni mak bapak dia yang punya. aduh kau ni. tak kenal ke Dato' Syuib? nama amin ni Amin Daniel bin Dato' Syuib laa." Jasmin berbisik di telinga Damia.

urgh alamak. malunya aku! macam mana aku boleh terlupa dia ni anak pemilik kampus ni. merangkap pengarah kampus ni. aduh masak aku mcm ni. baik aku blah cepat.
"dah ar jas. jom kyte blah." aku blah cepat2 ok. takut malu segan semua ada. HAHA! ketawa kan lah aku. grr.
~~~~~~~~~~~~~~~
mangkuk tingkat betol lah. macam mana la aku boleh terlupa sape bapak dia. aduih! bengang aku ni bawak sampai ke malam. habis la assignment ni tak siap la jawabnya. ah! dah la esok masuk lab lagi. terpaksa la aku tebalkan muka nnt.

ah! aku nekad! esok aku akan fokus je apa yang cikgu ajar nanti. apa mamat tu nak cakap buat2 tak dengar. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. bukan susah sangat. aku slalu buat ape. HEHE! tapi mamat ni bukan boleh pakai pun. ahhh! lantak kau lah. apehal aku nak pikir pasal mamat ni plak. urgh! sengal!

No comments: