Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Saturday, January 16, 2010

Terima Kasih Maya! 8

Log In!
To; Mr. Rascal: Dunia Pelik Aku.
Tolong! aku sedih. kenapa dia berubah? apa salah aku? dah masuk sebulan lebih dia tak contact lepas aku call dia hari tu. tolong aku! :(
qis qus qas
12 April 2006
8.40 a.m
~~~~~~~~~~~~~~~
'Urgh! kenapa hari ni busy semacam ha? apasal semua student kat kampus ni macam nak mengejar sesuatu nih? kawan-kawan aku ni pun ntah mana hilang ntah' Balqis membebel sorang-sorang.

'Alamak! aku da lambat da nih. masak la aku kena marah ngan prof kejap lagi. ah! busy nya kampus ni.' mulut Idham kumat-kamit.

Tiba-tiba, 'Gedebuk!'
"ouch!"
"aduh!"
Perkataan itu serentak keluar dari mulut Balqis dan Idham.

"ah, sorry. maaf. saya tak sengaja. tak nampak ada orang kat depan tadi." laju Balqis meminta maaf.
"eh, tak pe tak pe. saya da lambat ni. sorry jugak. ok, bye." Idham lari pecut tanpa sempat Balqis mengenal pasti wajah orang yang dilanggarnya itu.

'eh, apa ni?' Balqis terasa seperti memijak sesuatu. Lantas dia mengambil benda itu di bawah kasutnya.
~~~~~~~~~~~~~
Puas Balqis meneliti cincin yang dijumpainya sejurus pelanggaran itu tadi. dia percaya cincin itu milik lelaki tadi. Terdapat ukiran di dalam cincin itu. 'Khairil Idham'.

'Mungkin ini nama pemilik cincin ini dan mungkin itu nama lelaki tadi' Balqis membuat percaturan sendiri. 'Atau mungkin ini cincin pasangannya yang bernama Khairil Idham. erk! eeiiiuuu ada ke lagi percintaan-antara-kaum-sejenis kat kampus ni?' "Ah! apa yang aku mengarut nih." Balqis menepuk kepalanya sendiri.

Sambil berfikir macam mana nak pulangkan cincin itu kepada pemiliknya, Balqis meng'online'kan dirinya dan tempat tujunya tentulah Memori Qis.
Hampa! tiada sebarang balasan komen dari Mr. Rascal tentang luahan perasaannya mengenai Ammar tempoh hari.

'Kenapa laa tiba-tiba aku rasa semua orang tak nak layan aku? huhh..' Balqis mengeluh kecil.

No comments: