Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Tuesday, February 2, 2010

Ini Cerita Kita 2


Apa yang aku perlu buat sekarang ni cuma, 'pejam mata!'

"Ah, sorry! saya tak sengaja." Damia segera meminta maaf.

"Oi! kau buta ke apa? mata letak kat lutut ke kat bontot?" muka Amin merah menahan marah.

"aduh, sorry la. aku tak sengaja. tak perasan ada org kat depan tadi. kalau aku tau orang tu kau, da lama aku elak jauh2." walau rasa bersalah, Damia sempat lagi mengutuk Amin.

"kau ingat kata2 maaf kau tu boleh cantumkan balik kaca-kaca radas ni?" alamak! mcm mana aku boleh tak perasan aku da terlanggar mamat ni lepas tu dah jatuhkan radas tu? masak la aku lps ni.


Damia hanya memandang Amin dengan mata terkebil-kebil sebelum Puan Jamilah mengambil tugas memarahi mereka berdua.
"Kamu ingat radas2 ni semua murah ke? percuma ke? semua ni guna duit-duit kamu jugak!" Puan Jamilah sudah mula bercekak pinggang. geram sungguh tengok pelajar kampus yang tidak bertanggungjawab seperti mereka.

"kalau macam tu, ganti jela guna duit kitorang tu." Amin memberi cadangan.
"haah, pandai la kamu cakap. sekarang ni sape yang nak explain dekat pembantu makmal?" Puan Jamilah merenung muka mereka silih berganti.

"Dia yang salah cikgu. dia tu yang tak pegang radas tu betol2. macam mana benda tu tak boleh tak terjatuh." Damia membela diri.
"what? oi! kau tu yang mata letak kat lutut. tak reti tengok orang kiri kanan depan belakang ke ha?" muka Amin sudah mula menegang.

"Mana aku perasan. lagipun kalau kau tak buat main radas tu tak kan terjatuh lah!" Damia menjeling Amin tajam. Amin pula sudah siap sedia ingin membalas kata2 Damia.
"sudah!!!" kedua-dua mereka tersentak.

"Damia! kamu ingat kamu tengah bercakap dengan siapa ni? Kalau kamu tak jaga mulut kamu, bila-bila masa saja kamu boleh dikeluarkan dari kampus ni." Puan Jamilah merenung Damia tajam.
Amin tersenyum dan dapat merasakan kemenangan berada di pihaknya.

"dan kamu Amin! jangan ingat kamu anak pengarah kampus ni, kamu boleh buat sesuka hati kamu dan terlepas dari hukuman." giliran Damia pula tersenyum sinis.
"mulai hari ini, kamu berdua didenda bertugas membersihkan makmal ni selama sebulan. Faham?" Puan Jamilah menekankan perkataan faham itu.
Kedua mereka hanya mengangguk lemah.

"dah! kamu berdua boleh beredar sekarang." Puan Jamilah memberi arahan. Puan Jamilah selaku guru disiplin di kampus swasta ini sememangnya terkenal dengan sikap tegas tetapi baik hati. kalau diikutkan hati, mahu saja dia suruh mereka berdua membayar ganti rugi radas2 yang pecah itu. tapi disebabkan rasa perikemanusiaannya masih ada, dia membatalkan saja niatnya itu. lagipun Amin itu anak pengarah kampus ni. bukan susah pun dia nak handle hal ni. memang sengaja dia mahu kenakan mereka berdua kerana dari jauh dia sentiasa memerhatikan tingkah mereka yang tak ubah seperti anjing dengan kucing itu.

Sebelum kedua mereka keluar, Damia sempat menghadiahkan jelingan maut kepada Amin dan dibalas dengan renungan tajam Amin.

~~~~~~~~~~~~~
"Huhh!" Damia mendengus keras.
"apasal tadi tu?" Jasmin yang muncul entah dari mana bertanya.
"entahlah. malas aku nak cakap. sebab mamat hidung tinggi tu la aku terpaksa buat kerja amal kat lab selama sebulan." Damia menghentakkan tangannya di meja.

"amboi, banyaknya panggilan manja kau bagi dekat si Amin tu." Jasmin mengenyitkan mata sebelum dibalas dengan jelingan oleh Damia.

"relax laa.. sebulan dah cukup untuk kau kenal rapat dengan Amin tu. Aku rasa Puan Jamilah tu pun sependapat dengan aku." Jasmin tersenyum dan matanya kelihatan bercahaya.
"Weh, kau ni kenapa? sape nak berkenalan dengan mamat hidung tinggi macam dia tu? simpang malaikat 44!" geram Damia masih bersisa.

"Alah, gaduh-gaduh nanti lama-lama jatuh sayang jugak. macam cerita-cerita novel tu semua." Jasmin mencebik manja.
"Haah, teruskanlah kau berangan. itu cerita novel, ini cerita aku! dan yang pastinya Amin tu cuma watak sampingan dalam pentas hidup aku. dan selalunya watak sampingan akan mati dulu!" Damia terus berlalu kerana bengang dengan kawan baiknya sendiri yang tak habis2 kenakan dia.

Jasmin hanya tersenyum dan melihat Damia berlalu. dia sudah masak sangat dengan perangai selamba badaknya dengan semua lelaki. sebab itulah takde seorang lelaki pun yang melekat dengan dia. Jasmin tertawa kecil sendirian.

No comments: