Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Saturday, January 16, 2010

Terima Kasih Maya! 6

"hai baby. you buat apa tu? rindu la kat you baby". suria mula menggedik dan meramas2 tangan Idham hingga idham menjadi rimas.

"suria, I tgh sibuk ni. byk assignment I kena siapkan. please lah jgn ganggu. kalau I fail assignment ni mcm mana?"

"alaa, apa yang you susahkan ni baby. papa I kan da janji akan tanggung semua kos pembelajaran you, and sanggup hantar you to oversea lagi. papa I kan syg you mcm dia syg I." suria mula merangkul tangan tegap Idham.

dengan lembut Idham menolak tangan Suria. "suria, I tak nak terhutang budi dgn papa you. I tak nak berjaya di bawah duit orang lain. I nak usaha hasil titik peluh I sendiri."

"eleyh, you jgn nak mengada-ngada lah! kan selama ni my parents yang tolong your parents. kalau tak macam mana you boleh ada kat kampus ni?" Suria mencebik sinis.

"Apa pun yang you ckp Suria Iylia, I ttp dgn pendirian I dan I sanggup merayu dekat our parents supaya jangan jerat perasaan I lagi menggunakan harta!" tegas Idham.

"humm! yelaa, suka hati you lah. malas nak layan. Baby, malam ni kyte dinner sama-sama okay. my mom nak jumpa you. ok baby, bye. I love you." suria berlalu namun sempat bermain-main dengan rambut Idham.

Idham lega setelah Suria berlalu pergi. sememangnya dia terjerat dengan cinta suria oleh kerana kedua ibu bapanya berkawan baik dengan ibu bapa Suria dan mereka juga ingin dijodohkan apabila kedua-duanya cukup umur nnt.

Idham meraup mukanya. sungguh dia tidak berkenan dengan sikap suria. gedik tak bertempat. dan dia sangat benci perkataan 'baby' yang diguna Suria untuknya. Idham berlalu dan tanpa disedari tingkahnya diekori sepasang mata nakal milik Balqis.
'Ish! hemsem nya mamat tuh. nasib sgt baik lah dapat kampus sama. senior semua hemsem2 belaka' getus hati nakal balqis.

No comments: