Pengumuman!
Blog ini dicipta hanya kerana ingin mengisi masa lapang dan menepati kehendak jari-jemari yang menggedik nak menaip dan fikiran yang suka berkhayal. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
-shafi-

Wednesday, January 20, 2010

Terima Kasih Maya! 11

Balqis masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya tempoh hari. Namun dia tetap bersyukur kerana ada lelaki sebaik Khairil Idham yang menolongnya ketika itu.
'Ya, Khairil Idham!' Balqis terkocoh-kocoh menyelongkar isi beg tangannya.

Log In!
Memori Qis.
Hye dear blog. macam2 berlaku kat aku lately. tapi x perlulah aku type kat sini. coz nnt mcm membuka pekung di dada sendiri plak. tapi yay! aku bersyukur coz ada org yang tolong aku time tu. dan aku dah jumpa pemilik barang ni. :)
16 May 2006
00.28 a.m
Balqis terhenti menekan keyboard laptopnya apabila phone nya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
~~~~~~~~~~~~~
"Ya, hello. siapa bercakap?" Balqis memulakan perbualan.
"hello, qis. am ni." suara garau Ammar sudah cukup menggerunkan Balqis.
"hei! kau nak apa lagi hah? jangan ganggu hidup aku lagi!" Balqis tiba-tiba berang.
"Qis, dengar dulu apa yang am nak ckp ni. Am minta maaf sangat-sangat. ya, memang am salam. am tak dapat kawal diri am sendiri time tu. qis, am merayu. kembalilah dengan am semula." Ammar merayu.

"Hei jantan! apa yang kau cakap ni? setengah tahun aku tunggu kau macam tunggul tanpa khabar berita! lepas tu kau tiba-tiba muncul balik ajak aku keluar and paksa aku buat benda tak senonoh tu. then sekarang kau nak aku balik dengan kau semula macam kau tak buat kesalahan langsung hah?" Balqis tidak dapat menahan kemarahannya.

"qis, tolonglah. am boleh berubah. ingat tak janji-janji kyte dulu?" am masih merayu.

"Disebabkan janji kau dululah aku masih setia dengan kau. disebabkan janji kau dululah aku masih tunggu and sabar dengan kau. tapi apa yang kau buat kat aku sekarang? dah la am. anggaplah kyte terpisah kerana takdir macam apa yang kau cakap kat aku dulu. 'am akan sayang qis sampai qis dan am terpisah kerana takdir' so, WE ARE DONE!"

Talian diputuskan. Balqis mencampakkan phone nya setelah baterinya ditanggalkan. Mukanya ditekup ke bantal dan air matanya mengalir lagi.
~~~~~~~~~~~~~
Nombor yang anda dail, tiada di dalam perkhidmatan kami.

Idham mematikan talian. hampa kerana Balqis tidak dapat dihubungi.

No comments: